Aug 23, 2010

Perkenalan yang menarik dari satu bab ke satu bab....
Setelah memasuki keluarga En Abullah @ Pak Lah Ukir, aku mula mencari dan terus mencari. Sedikit-sedikit pengetahuan aku ambil hari ke hari dengan disengajakan dan tidak. Bukannya tempat kursus di sini, rumah keluarga isteri ku... Anak sulung kepada Pak Lah.... Jadi belajar sendiri di samping tunjuk ajar Pak Lah Ukir yang berpengalaman lebih 30 tahun di dalam seni warisan binaan tradisional melayu ini.



Aug 20, 2010

Bermula dengan bapa mertua En Abullah Muhamad mengenalkan aku seni warisan tradisi melayu ini.... Beliau merupakan salah seorang pengukir yang sudah lama menempa nama dipersada seni ukiran tanah air. Berasal di Kg Kuala Besut,Terengganu dari sebuah keluarga yang agak susah. Berhijrah ke Kota Bharu bersama bapanya yang amat disegani Mohamad Tahir atau dikenali sebagai Pak Su Mat Tail. Beliau seterusnya berkampung di Kg Padang Bongor Off Jalan Pengkalan Chepa di bandar Kota Bharu.... Dahulu tidak memilih apa jua pekerjaan untuk mendapatkan sesuap nasi dari bekerja di kedai makan sebagai pembantu dapur sehinggalah menjual nenas di pasar MPKB. Maklumlah persekolahan diperingkat rendah di Sekolah Pondok Kuala Besut. Namun zaman persekolahannya singkat, bab-bab agamanya agak dalam.
Begitu juga dengan kehidupan sehariannya, setiap perjalanan amat dititikberatkan.... Agak kompleks.... Inilah membentuknya menjadikan dirinya sekarang, Pak Lah Ukir.

Aug 19, 2010

Salam Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t......

Bersyukur ke hadrat Illahi sempena dibulan Ramadhan 1431 Hijrah ini, saya selaku pewaris seni ukiran tradisional melayu ingin memulakan 'blog' pertama saya untuk bacaan sekalian....


Berkenalan lebih kurang 6 tahun yang lepas disebuah jambatan usang di kg pulau melaka, kota bharu. sebuah karya agung yang tak pernah dilihat tersergam ditepi sungai pengkalan datu...
Di waktu itu tiada bernama namun sekarang dijadikan sebuah restoran diberi nama Restoran Ukir Seri Anjung....